2007/11/29

Bby Haikal...


Lama aku tak menulis kt blog aku nie.. Semalam bby Haikal batuk2 & ada kuar hingus. Sian dia takleh nk tido lena.. Kejap2 terjaga, sian la pulak aku tgk dia.. Dengan aku2 takleh tido..

So pagi nie aku decide nk bawak dia gi klinik.. Msg arr kt bos aku ckp nk masuk lewat pasal nk bwk anak demam gi klinik..


Dlm kul 10 camtu kitorg sampai kt klinik. Jmpd doktor.. Aku kannyer apa, aku risau pasal bby Haikal penah kena pneumonia, setiap bby yg penah kene penyakit nie, akan mudah dpt batuk & selsema.. & kalau tak dpt rawatan awal, dia buleh kene balik penyakit tu.. Sbb tu bila dia batuk2, aku dh cuak..


Doktor check dia & doktor kata lungs dia clear just may be selsema & batuk sket..

Tp ada benda lain la pulak yg merunsingkan aku.. Doktor tu suh aku bwk bby Haikal gi specialist. Doktor ckp kt bhgn bawah jantung dia ada dgr bunyi cam ada lubang kecik.. Urghh.. what??!! Sian nye bby aku.. Trus terang ckp, aku memang rasa tak tenang sgt.. Aku takut.. Takut bila dgr doktor suspek jantung bby aku ada lubang kecik.. Kalau suh ganti penyakit dia tu pada aku pun aku memang sanggup..


Sian sangat kt bby ibu.. Dulu doktor suspek dia ada penyakit yg berkaitan ngan otak.. Skang nie dh jantung plak.. Bertambah tertekan keadaan aku..

2007/10/17

Welcome My Baby...




Hmm.. Dah dua bulan bby aku menjengah dunia nie. Baru hari nie aku sempat update dlm blog nih. Welcome Bby Haikal. Aku lahirkan dia on 17 Ogos 2007, kul 12.24am, dgn keberatan 2.88kg. Bby Haikal lahir kt Hospital Sultan Abd Halim, Sg. Petani.

Selepas 3 hari menjengah dunia, bby Haikal masuk hospital balik sbb kene jaundis. Erghh.. 3 hari aku duduk wad ngan bbyku itu. Sian kt dia.. Dr putih melepak, sampai naik hitam kene jemur bwh lampu kt wad tuh. Sian sangat aku tgk dia menangis melalak-lalak dengan cuma pakai pampers jers kt dlm cradle tuh..

Kuar dr wad lepas jaundis, dia sihat mcm biasa. Until awal bulan 9, bby Haikal start batuk2. Selepas 3 hari batuk, & setelah pueh den dosak hubby den bwk bby Haikal pegi klinik, doctor ckp bby Haikal kene jangkitan kuman kt paru2. Masuk spital skali agi. Kali nie dia kene duduk NICU. Seminggu bby Haikal kt spital, kene cucuk antibiotik 3 kali sehari. Sekali cucuk antibiotik, 2 jarum dia kene.. Isk..Isk..Isk.. Sedih tgk dia... Sian bby ibu.. Masa kt NICU, setiap kali aku tgk dia, aku misti nangis. Sedih dol.. anak aku tu.. Teringat aku masa ayah sakit tenat kt spital dulu tu.


Skang nie bby Haikal dh pun berusia 2 bulan. Alhamdulillah, Allah kurniakan dia kesihatan yg baik. Cuma dia br abis kene selsema & batuk. Sian dia bila dia batuk2.. Tp takpe, Ibu akan jaga bby Haikal baik2. Harap2 bby Haikal takkan kene penyakit yg merbahaya lagi lepas nie..


Ibu sayang bby Haikal.


2007/06/14

Selamat Hari Lahir Ayah....




Assalamualaikum..
Sekian lama berhenti menulis..
Hari ini sebenarnya merupakan hari yang bermakna buat kami sekeluarga..
Andai arwah ayah masih ada, hari ini genap la umur ayah 63 tahun..
Kami sekeluarga mesti akan kuarkan duit, beli hadiah, kek & mcm2 lagi untuk sambut hari lahir ayah.. Dia tak pernah minta, jauh sekali mengajar kami menyambut ulang tahun kelahiran, tapi semacam sudah jd satu kemestian bagi kami adik-beradik untuk meraikan ulang tahun sesiapa sahaja dlm keluarga.

Tahun ini, tiada hadiah lain yang boleh kami berikan kepada ayah. Juga tiada kek mahupun hidangan istimewa yang bakal dihidangkan di rumah. Apa yang mampu kami berikan kepada ayah cumalah doa & bacaan Yasin serta sedikit tahlil yang dibuat secara sendiri-sendiri dirumah sebagai tanda hadiah kami buat arwah ayah & juga tanda ingatan & kasih sayang kami yang tidak terhingga pada ayah. Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa kami & menerima hadiah yang kami persembahkan buat arwah ayah.

Semalaman menitis air mata teringatkan ayah. Bukan niat aku utk menyiksa dengan meratapi pemergiannya, tp hati ini terasa sayu tanpa ayah. Sudah lama rasanya aku berhenti menangisi pemergian ayah, akhirnya semalam, gugur lagi air mataku ini tanpa aku sedari..

Ok lah, tak perlu aku menulis panjang. Aku cuma ingin meluahkan rasa rinduku pada ayah & juga mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-63 buat ayah walaupun aku sedar ayah sudah tiada lagi di dunia ini.

2007/04/17

Baby Ku..

A'kum..

Hmm.. Skali agi aku menulis.. Kali nie bukan lagi berita sedih yg nak dikongsikan, tp berita gembira..
Babyku ini yg baru 5 bulan bermastautin di dalam rahim/perutku, semalam telah memulakan gerakan menendang yg pertama.. Hahaha.. May be org akan kata aku nie obses. Why not! Nie kan baby sulung aku.

Mak kata anak aku nie may be aktif budaknya. Kenapa? Sbb kali pertama menendang, dia dh menendang sebanyak 5 kali berturut-turut dlm jangkamasa kurang 10 saat.

Ganass? Tak.. Insya-Allah baby aku nie mungkin ditakdirkan bakal mewarisi sifat arwah atuknya.. Siapa tau kan? Di saat2 aku menerima berita gembira tentang kehadiran org baru dlm keluarga kami, kami terpaksa juga menelan berita pahit tentang kematian arwah ayah. Jadi, akan ku didik anak ini agar sedikit sebanyak menjadi seorg yang berdisiplin & berhemah tinggi seperti arwah ayah.

Hubby ku?? Heheh.. Tentu la tak sabar menanti kehadiran org baru nih. Maklum, dh hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga, baru dapat berita gembira nie. Setiap malam dia tolong sapukan lotion pada perut aku, supaya takde strecth mark kt perut. Setiap malam waktu nak tido & setiap pagi waktu bangun dr tido, dia akan gosok perut aku sambil bertanyakan khabar baby kami.. Setiap kali berbual dengan perut(??) aku, dia akan nasihatkan baby supaya jangan nakal2 dalam perut ibu.. hahaha.. Tak salahkan?? Org tua2 kata, dari saat kandungan berusia 5 bulan, bayi dah buleh dengar percakapan kita. Jadi bermula dari kandungan 4 bulan aku cuba serba sedikit la bacakan surah2 yang patut sepanjang kandungan aku..

Macam yang ibu2 lain buat, surat taubah, surah maryam, surah yusof & surah luqman. And lagi 2 surah yg aku jarang tinggalkan surah al-mulk & yasin (utk arwah ayah).Huhuhu.. miss my dad..

Next Sunday, schedule ke klinik ibu & anak. Aduh.. nak kene cucuk arr.. Aku nie bukannya jenis yg takut jarum. Tapi kengkadang, dapat nurse yg tak brapa cermat, sakitnya berpanjangan.. Tu yg aku tak brapa gemor tu..

Hmm.. hari nie, tak sabar rasanya nak tunggu next tendangan dari baby ku ini.. hahaha.. Till then.. Adios..

2007/03/29

Bas Sekolah..

Hahaha.. Title tu pun dh pelik kan..

Hmm.. Dah dekat 2 bulan ayah takde, keadaan km mcm biasa, life goes on kata org putih..
Just kelengkapan rumah la berserabut sket, sbb slalu ayah yg uruskan.. Aku nie pagi celik mata dh pegi keja, balik umah dh kul 6, tak sempat nak berkejar ke sana sini nak beli brg2 rumah. Hari minggu buleh la carik apa2 yg patut.. Tp mujur gak arr, mak aku pun tak brapa berselera sgt mkn + aku sendiri masih dlm alahan, ckp la takat mkn nasik putih & ikan bakar cicah budu..
Kira buleh la nak idup. Yg siannya hubby aku tu la, hehehe, hampir tiap2 hari dia mkn nasik kt umah mak dia. Yer la, mana tahan tiap2 hari ikan bakar cecah budu (utk org yg sihat walafiat laa)..

Actually aku bukannya nak crita pasal life aku nih ari ni..
On the way pegi keja td, aku 'ter'selisih ngan bas sekolah pat aku matriks dulu.. 'Soksek' atau nama penuhnya Sek Men Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
Tgk jer bas tu, terlintas trus kt kepala otak aku nih, "isk.. Buruknya bas nih"..
Tell u guys the truth la kan, memang buruk giler arr.. Tak silap aku cam Yellow bus kt penang dedulu zaman aku kt USM. Nearly 10 years ago la.. Frankly speaking, aku rasa zaman skang nie, bas camtu dh tak relevan utk bebudak skolah. Espashly SBP cam 'soksek' tuh. Even bas yg ex-skolah aku (Sek Berahim Sg Petani) skang nie pun lagi cantik dr bas tu.. Come on la, takkan sayang nak tukar bas agi kot. Lama dh sebenarnya aku tak nampak bas yg camtu.. (except kulim baling transport tu arr - rasanya still ada lagi).

Aku, dari zaman sekolah rendah sampai arr masuk USM, sampai pegi Guthrie, tak penah arr naik bas skolah pegi memana pun. Ada skali jer kot, masa tu darjah 6, habis UPSR cikgu skolah ada wat rombongan pengawas pegi KL. Actually aku nie bukan pengawas pun, tp dek kerana kelas kitorg nie no 1 kt skool tu (eceh! 'Ter'riak & takabur plak!), so bebudak kelas kitorang leh ikut sama.. Pun naik bas tak la seburuk bas yg aku nampak td. Tetap naik bas sekolah yg ada aircond tuh. (isk takleh bayang kalu SP - KL naik bas cam bas tadi tuh - sayangnya, takde gambar nak tepek kt sini)

2007/03/09

Ayah...


Assalamualaikum..
Sepatutnya blog nie aku update sedari awal, tapi emosi yg terganggu membuatkan aku menyepikan diri buat sementara waktu.

Pemergian seseorang yang begitu penting dlm hidup kami sekeluarga pada 10.25 pagi hari Sabtu 17 Februari 2007 amat menyentap hati kami sekeluarga. Ayah yang tersayang telah pun pergi menyahut panggilan Ilahi yang lebih menyayangi dia.

Semasa hayatnya, dia memang menghidap sakit kegagalan buah pinggang, dan dia diperlukan menjalani dialysis sebanyak 3 kali seminggu.
Bulan Disember lepas, lebih kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha, ayah diserang demam. Bukanlah dikatakan demam yang teruk, tapi untuk orang tua yang menghidap penyakit kritikal seperti dia, demam sebegitu sudah mampu membuatkan dia lemah selemah-lemahnya..

Seawal bulan January, kami adik beradik bersepakat memaksa dia berjumpa dengan doktor pakar di tempat dia menjalani dialysis & bertanyakan mengenai demam yang baru dihidapinya.
Ternyata, bukanlah demam yang sebarangan.. Dia mengalami demam & batuk2 berlarutan kerana paru2nya dimasuki air. Melalui gambar x-ray yg ditunjukkan kepada kami, paru2nya kelihatan agak kembang.

Selepas itu, kesihatannya sedikit demi sedikit terganggu, namun begitu, ayah adalah seorg insan yang gagah melawan penyakitnya. Dikalangan kawan2nya yang sama2 menjalani dialysis, cuma dia seorg yg memandu sendiri ke tempat dialysis (yg terletak lbh kurang 15 minit dr rumah) & dia tidak pernah mengalami pening2 selepas menjalani dialysis, sedangkan kawan2 yang lain semuanya harus dihantar & diambil untuk menjalani dialysis kerana tak larat memandu.
Malahan sewaktu dia demam, dia cuma kelihatan sedikit kepenatan. Dia masih mahu keluar membeli barang2 dapur, menghantar kereta untuk diservis di bengkel, malahan masih mahu keluar ke pasar minggu @ bank untuk menyelesaikan apa sahaja perkara yg perlu diselesaikan.
Dia juga masih menunggang motosikal utk berjemaah di masjid bila sahaja hampir masuk waktu utk bersolat.

Cuma di akhir2 bulan Januari, kesihatan dia nampaknya amat mengganggu aktiviti dia sehari-harian. Ayah dah pun berpencen & sehari-harian kerjanya adalah pergi ke masjid, keluar membeli barang keperluan, dlm seminggu 3 kali ke pusat dialysis, membuat pembayaran bil2 utiliti rumah..

31 Januari 2007, mak menjalani pembedahan mata utk membuang kataraks, ayahlah org yg paling risau, namun tidak pernah ditunjukkan kerisauannya pada kami @ pun pada mak sendiri. Ini kerana dia tidak mahu kami & yg lebih penting mak, takut utk menjalani pembedahan tersebut. Mak pernah menyuarakan pada ayah, yang mak mahu menangguhkan pembedahan mata mak sehingga ayah betul2 sihat, namun ayah mengatakan dia sendiri tak tau bila dia boleh sihat, dengan itu, dia mau mak menjalani pembedahan dengan segera.
Kami hanya mengetahui tentang kerisauan ayah sewaktu ayah dimasukkan ke wad kerana keadaannya yg kritikal. Itupun kerana aku menyelongkar handphone ayah, utk mencari nombor2 telepon kawan2nya bagi memaklumkan ayah sedang kritikal di hospital. Waktu itu aku terbaca message2 yg ayah hantar kepada saudara mara pada pagi sewaktu emak harus dibedah, barulah aku tau yg ayah sebenarnya sangat2 sayang & risaukan emak..

1 Februari mak dibenarkan keluar hospital setelah pembedahan berjaya. Ayah nampak sangat gembira. Tapi tanpa disangka2 pada 4 Februari, sakit ayah menampakkan sedikit perubahan yg pelik. Dia tak dapat mengawal pergerakan tangan kanannya (tangan yg direservekan utk dialysis), dia menjadi lupa pada bnyk fakta, dan keesokannya merebak ke bahagian kaki kanan pula.
Waktu itu dia tak mahu dihantar kehospital, jadi kami menurut sahaja, tapi kami mengambil alih untuk menghantar & menjaga ayah sewaktu dia menjalani dialysis kerana bimbang dia melakukan sesuatu yg diluar kawalan yg boleh membahayakan nyawanya.

Akhirnya, sesuatu yg kami bimbangkan terjadi juga, pada mlm 7 Februari, keadaan ayah semakin teruk, dia semakin sukar utk bernafas, setelah dipujuk emak, ayah bersetuju utk dimasukkan ke hospital. Pada pukul 11 mlm ambulan dtg ke rumah utk membawa ayah ke hospital, aku (dlm keadaan masih alahan mengandung) minta izin dr suami utk ikut menjaga ayah mlm itu di hospital. Alhamdulillah, suami bukan sahaja mengizinkan, bahkan ikut sama menjaga ayah pada malam itu.
Emak melarang aku menghubungi kakak & adik berkenaan hal ayah kerana masing2 ada kerja masing2. Seorg guru di Ipoh & seorang nurse di KL. Tapi memandangkan keadaan ayah yg tidak tidur semalam hari itu, aku rasa tidak adil jika mereka tidak tau. Jadi aku menghubungi kakakku & kakak menghubungi adik. Diorg bersepakat balik keesokan harinya selepas kerja. Mujur kakakku dpt pelepasan awal dr pihak sekolah & adikku juga habis kerja seawal pukul 2 ptg.

Hari ke 5 & 6 ayah dihospital, kesihatan ayah menunjukkan peningkatan (walaupun pd hari pertama, doktor pakar yg aku jumpa mengatakan jangkahayat ayah tidak lama). Kami mula menaruh harapan yg ayah akan sembuh seperti biasa tidak lama lagi.

Namun pada hari ke 7, tahap kesihatannya kembali menurun. Walaupun kami tau org sakit seperti ayah memang menunggu masa sahaja, namun kami sekeluarga sentiasa memberikan sokongan kepada ayah. Kakak & adikku menjaga ayah tanpa penat siang & mlm. Diorg bg pengecualian pd aku & tak benarkan aku menjaga ayah sbb aku tgh alahan mengandung, tambahan pula emak dirumah mesti ada yg menemani. Selepas pembedahan mata, mata mak tak boleh kena air selama sekurang2nya 2 minggu. Jadi aku harus memastikan emak tidak terlalu tertekan memikirkan keadaan ayah, jd kami terpaksa membohongi emak dengan mengatakan ayah sihat.
Kebetulan, sewaktu emak melawat ayah setiap hari, ayah menggagahkan dirinya utk kelihatan sihat di mata emak.

Hari terakhir ayah, kebetulan aku pulang awal dr kerja, jd aku ada di sisi ayah dr pukul 12.30 tghari hari Jumaat hinggalah habis waktu melawat di sebelah mlm, lebih kurang pukul 7.30 mlm.
Sempat la bermanja sekejap dengan ayah (walaupun aku pergi setiap hari ke wad ayah, jarang dpt berbual sbb ayah ramai pelawat setiap hari).

Dlm lingkungan pukul 1 pagi, kakak telepon aku, katanya cepat dtg ke wad, bwk surah Yasin baca di tepi ayah, keadaan ayah dh semakin teruk, tak mampu bercakap lagi, sambil itu kakak berpesan jgn bgtau mak keadaan ayah, cuma ajak dia ke hospital. Tak berlengah, aku terus kejutkan mak yg kebetulan tidur2 ayam, bgtau kakak mintak segera ke hospital. Kemudian aku telefon abg yg tinggal tidak jauh dr rumah kami. Abg juga agak gugup mendengar berita yg baru kusampaikan.

Lebih kurang pukul 1.15 pagi kami sudah bersiap utk ke hospital. Sesampai di sana, tanpa berlengah aku duduk dihujung kaki ayah & anak2 yg lain juga mengambil tempat sedekat yg boleh dengan ayah utk membacakan yasin & surah Al-Mulk. Naluri seorg anak, bacaan kami tersekat2 dek kerana terlalu hiba melihatkan penderitaan ayah terlantar sakit sebegitu. Emak apatah lagi. Pasangan hidupnya yg telah 40 tahun berkongsi pahit manis bersama, sedang terlantar kesakitan. Emak menangis sepanjang malam memegang tangan ayah tidak dilepaskan. Mungkin dia tidak menyangka penyakit ayah seteruk itu.

Sepanjang malam ayah tidak tidur. Kami anak2 bergilir2 tidur kerana takut bila ayah memerlukan km, km kepenatan. Aku sendiri dipaksa tidur oleh emak. Aku cuma mampu melelapkan mata selama sejam. Hati & Fikiranku tidak membenarkan aku tidur. Walaupun kami sekeluarga berharap ayah cepat sembuh, namun tidak kurang juga masing2 berdoa agar Allah mempercepatkan pemergiannya sekiranya telah ditakdir ayah cuma dipinjamkan setakat ini saja.
Tidak sanggup rasanya melihat dia menderita begitu.

Lebih kurang pukul 8pagi hari Sabtu, urea ayah yg semalamnya bercampur drh mula bertukar warna menjadi sedikit gelap. Adik sudah hampir menangis di depan ayah (kami memang tidak membenarkan sesiapa pun menitiskan air mata di depan ayah, bimbang semangatnya utk berjuang melawan kesakitan tumbang). Aku menarik adik ke tepi & baru aku paham kenapa adik begitu.

Kata adik, kalau urea sudah bertukar warna menjadi sedikit gelap begitu, maknanya Ajal ayah sudah semakin hampir. Seperti yg aku tulis di atas, adikku seorg nurse. Kami semakin giat menjaga ayah. Aku berdiri hampir dengan kepala ayah di sebelah kiri, abg berdiri di sebelahku. Kakak di kepala sebelah kanan, emak ditepi kakak dengan memegang tangan ayah & adik dihujung kaki ayah.

Lebih kurang jam 10.15 pagi, aku lihat ayah semakin letih, matanya semakin kuyu (sudah 4 hari 3 mlm ayah tak dapat tidur). Kakak & abg tidak putus2 mengajar ayah mengucap. Aku membisikkan ketelinga ayah, minta dia ikut apa yg kakak & abg ajar, walaupun tidak boleh bercakap, ikutlah dengan hati. Alhamdulillah, ayah tidak pernah lalai, sedari awal dia masuk hospital, dia sentiasa bersolat mengikut kemampuannya. Mulutnya sentiasa berzikir pada Allah & tidak putus2 mengucap dua Kalimah Syahadah.

Bila aku tgk mata ayah seperti org yg nak tidur, aku berbisik, rehatla ayah, lupakan kesakitan ayah, ayah dh lama tak tidur. Siapa sangka rupa2nya bisikan ku itu merupakan kali terakhir aku bercakap dengan ayah. Nadi ayah semakin melemah, pak teh ku dipanggil utk mengajar ayah mengucap & kami diarahkan keluar oleh doktor, cuma pak teh saja yg dibenarkan ada disisi utk mengajar mengucap. Waktu itu kami tau yg kami bakal kehilangan ayah yang sangat kami sanjungi & sayang selama ini. Tidurnya kali ini adalah tidur yg tidak akan bangun buat selama-lamanya. Setelah bertungkus lumus melakukan CPR selama lebih kurang 5 minit, doktor mengesahkan ayah sudah meninggal pada pukul 10.30 pagi. Setelah 11 hari terlantar di hospital, akhirnya ayah pergi dengan aman.

Jenazah ayah disemadikan di perkuburan Masjid Kg Penghulu Him, berdekatan dengan rumah kami sekarang pada pukul 6.30 petang. Alhamdulillah seramai lebih kurang 300 org datang ke masjid utk menyempurnakan solat jenazah ayah. Proses pengkebumian arwah juga dipermudahkan Allah, walaupun ketika itu hujan renyai. Wajah ayah selepas selesai dimandikan juga sangat menenangkan kami yg melihat. Seperti sedang tidur nyenyak & tersenyum.
Alhamdulillah dr proses memandikan & mengapankan, kami sekeluarga, dr emak hinggalah ke anak saudaraku yg paling kecil (6thn) ikut sama menyempurnakan.

Maka dengan itu berakhirnya perjalanan hidup seorg insan yg bernama Ab Rahim bin Ahmad yang dilahirkan pada 14 Jun 1944 (22 Rabiul Awwal) hingga dipanggil mengadap Ilahi pada 17 Februari 2007 (29 Muharram) diusia 62 tahun. Ayah merupakan anak sulung daripada 11 adik beradik. Ibu & Bapa ayah juga masih hidup masing2 berumur 80 & 86 tahun, masih kuat berjalan.

Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman & mudah2an dijauhkan siksa kubur agar dia tenang bersemadi di sana.. Amin..

Kasih sayang kami pada dia akan tetap kukuh dihati kami.. Insya-Allah anak yg bakal lahir ini akan kudidik agar menjadi seorg insan yg berhemah seperti ayah, walaupun ayah tak sempat melihat wajah anak sulungku ini.