2007/06/14

Selamat Hari Lahir Ayah....




Assalamualaikum..
Sekian lama berhenti menulis..
Hari ini sebenarnya merupakan hari yang bermakna buat kami sekeluarga..
Andai arwah ayah masih ada, hari ini genap la umur ayah 63 tahun..
Kami sekeluarga mesti akan kuarkan duit, beli hadiah, kek & mcm2 lagi untuk sambut hari lahir ayah.. Dia tak pernah minta, jauh sekali mengajar kami menyambut ulang tahun kelahiran, tapi semacam sudah jd satu kemestian bagi kami adik-beradik untuk meraikan ulang tahun sesiapa sahaja dlm keluarga.

Tahun ini, tiada hadiah lain yang boleh kami berikan kepada ayah. Juga tiada kek mahupun hidangan istimewa yang bakal dihidangkan di rumah. Apa yang mampu kami berikan kepada ayah cumalah doa & bacaan Yasin serta sedikit tahlil yang dibuat secara sendiri-sendiri dirumah sebagai tanda hadiah kami buat arwah ayah & juga tanda ingatan & kasih sayang kami yang tidak terhingga pada ayah. Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa kami & menerima hadiah yang kami persembahkan buat arwah ayah.

Semalaman menitis air mata teringatkan ayah. Bukan niat aku utk menyiksa dengan meratapi pemergiannya, tp hati ini terasa sayu tanpa ayah. Sudah lama rasanya aku berhenti menangisi pemergian ayah, akhirnya semalam, gugur lagi air mataku ini tanpa aku sedari..

Ok lah, tak perlu aku menulis panjang. Aku cuma ingin meluahkan rasa rinduku pada ayah & juga mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-63 buat ayah walaupun aku sedar ayah sudah tiada lagi di dunia ini.

0 comments: